Skip to main content
Showing posts from November, 2025

BANGSAT

Bangsat merujuk kepada serangga, iaitu kutu busuk (atau Pepijat), yang hidup parasit pada manusia dan haiwan berdarah panas lainnya seperti yang dijelaskan oleh Wikipedia. Perkataan "bangsat" yang kini digunakan sebagai makian kasar sebenarnya berasal daripada istilah biologis, …

TAK SUKA PERASAAN NI

Setiap kali dengar lagu Dalam Diam hati tiba-tiba jadi sayu. Kenangan lama datang tanpa dijemput. Perasaan down, terasa kembali sakit yang pernah dilalui dulu. Tapi mungkin itulah caranya hati belajar untuk sembuh.. perlahan, satu demi satu.

BILA NAK BAIK NI..

Sekarang ni cuaca sejuk, mungkin sebab hari-hari hujan. Badan pun rasa lain macam sikit. Demam belum sembuh betul, batuk pun masih ada. Bukan teruk sangat, tapi cukup buat badan rasa lemah dan tak selesa. Nak pergi kerja pun jadi kurang semangat. Bangun pagi pun rasa berat sikit. Benda ya…

DALAM DIAM (with Zynakal feat. Zamir Harith) LIRIK

Klik gambar untuk menonton video Chorus 1 Dah lama ku simpan benda tak terluah Dalam diam aku lari dari semua Bukan pengecut cuma dah terlalu jenuh Nak terangkan pun takkan orang faham sungguh Aku senyum tapi dalam hati runtuh Bila sorang-sorang baru rasa betul rapuh Hilang arah tapi pura…

HUJUNG MINGGU DEMAM, BATUK DAN SElSEMA

Hujung minggu kali ini memang hambar. Rancangan yang kononnya nak dibuat semua terbantut sebab badan tiba-tiba kalah dengan demam, batuk dan selsema. Nak bangun pun malas, nak buat apa pun tak larat. Rasa macam rugi hujung minggu, tapi nak buat macam mana… badan pun perlukan rehat juga. T…

BAGAI LILIN

Lucunya, orang selalu cakap, “jangan terlalu baik, nanti orang ambil kesempatan.”  Tapi macam mana nak berhenti, kalau memang dari dulu kita dah terbiasa jadi orang yang sentiasa ikut, sentiasa ada, sentiasa bersedia bila orang perlukan?  Kadang-kadang kita rasa macam lilin, terus menyala…

TIDAK PEDULI

Sekarang saya dah sampai satu fasa hidup yang kalau orang tak suka saya, tak apa. Kalau orang nak mengata atau nilai buruk tentang saya pun, biarkan saja.  Kita semua manusia biasa, tak perlu pun nak penuhi semua kehendak dan jangkaan orang.  Saya cuma nak hidup tenang, tak mahu bazir ten…

Stok Ubat & Persediaan Kecemasan

Baru je lepas ambil stok ubat untuk sebulan. Rasa lega gila bila semuanya dah lengkap, tak payah kalut kalau tiba-tiba tak sihat atau ada hari yang serabut. Susun siap-siap ubat tadi, sambil tu terfikir… benda simple macam ni pun sebenarnya bagi banyak kemudahan.. Dalam masa yang sama, el…

TEPUK DADA DAN TANYALAH HATI

Kadang-kadang kita terlalu sibuk nak jadi “orang baik” sampai lupa nak check hati sendiri, tengah okay ke tak?  Selalu je kita cepat-cepat jawab “ya”, walaupun sebenarnya diri sendiri pun dah penat. Nak rehat dan merasa lega.  Kita ni pandai jaga hati dan perasaan orang, tapi tak ramai pu…

Bila Rasa Malas Datang Tanpa Dijemput

Kadang-kadang, tengah kita semangat nak buat sesuatu… boom, datanglah rasa malas tu macam tetamu tak diundang. Bukan sebab kita tak rajin. Bukan sebab tak ada motivasi. Ia cuma… datang. Dan, sebenarnya, itu normal sangat. Setiap orang ada masa tertentu yang “malas mode ON”. Ada yang jadi …

JADILAH DIRI SENDIRI

​ Jadilah dirimu sendiri sebab menjadi bayang-bayang orang lain itu melelahkan. Kau hanya akan melihat dirimu hilang lebih cepat. Bayang-bayang tidak akan pernah bertahan selama susuk yang sesungguhnya. Bayang-bayang tetaplah bayang-bayang dan tak akan pernah melampaui susuk yang sesunggu…

CARI CIRCLE YANG BAIK

Dewasa ini waktunya untuk kita membina bulatan kehidupan   yang terbaik.  Tak ramai pun tak apa, asalkan membawa ke syurga.  Sebenarnya kita semua boleh jadi baik, cuma kita perlukan  'suasana' Credit : JentikHati

DEMAM KURA KURA

Kenapa demam selalu datang waktu malam dan perlu ke makan ubat? Pernah tak siang rasa sihat saja, tapi bila malam tiba badan tiba-tiba panas, kepala berat, menggigil sampai susah nak tidur? Kenapa ya, demam ni macam “tunggu malam”? Sebenarnya, waktu malam hormon kortisol dalam badan men…

KECILKAN CIRCLE DEMI KESIHATAN MENTAL

Sebenarnya, orang yang mula memilih untuk mengehadkan diri dalam pergaulan, bukan bermakna dia sombong atau tidak mahu bergaul. Dia cuma sudah cukup berpengalaman dalam hal persahabatan, sudah tahu baik buruknya berkawan dengan terlalu ramai orang. Memilih untuk berkawan dengan mereka…

CIRI-CIRI GRANDIOSE & MASALAH MENTAL

Ramai ingat gangguan mental hanya tentang kesedihan dan kemurungan. Tapi ada satu lagi sisi yang jarang disedari bila seseorang terlalu gembira, terlalu yakin, terlalu aktif, sampai tak kenal batas realiti. Itulah yang dipanggil Mania. Nada suaranya penuh semangat, hujahnya kedengaran mey…

ANTARA MENGANTUK, BOSAN DAN KEINGINAN UNTUK BANGKIT

Hari ini rasa... berat. Mata asyik mahu terpejam, kepala pula terasa penuh, dan semuanya seakan bergerak perlahan. Bosan, tapi tak tahu apa yang patut dibuat. Kadang-kadang, rasa jemu datang tanpa sebab yang jelas, seperti kabus yang tiba-tiba menyelubungi. Namun di antara rasa meng…

CIS KENA SCAM!

Sebenarnya bukan sekali kena scam macam nie. Pernah jugak kena beberapa kali gara-gara terkejar-kejar nak membeli. Adik la tetiba wasup suruh beli, murah katanya. Yang abang nya menurut aje lah kehendak dia. Aku pun percaya la bulat-bulat sebab mungkin tengah flash sale. Yang dapat harga …

MAKAN-MAKAN

Hari ni tak payah keluar beli makanan. Akak-akak kat opis nie rajin nak masak lauk-lauk kampung. Sedap tapi aku bukan makan banyak sangat. Jom sama sama telan air lior tengok menu lunch aku hari nie..

TUNDUK SELALU..

gambar dari chatgpt Buat apa merendahkan orang lain? Kita semua berasal dari debu yang sama cuma tanah yang diberi nyawa sementara, bernafas atas pinjaman masa. Segala yang kita miliki bukan milik kita selamanya, semua kemuliaan yang kita ada hanyalah titipan, Hari ini mungkin kita di ata…

LIRIK LAGU : KESUMA - DATO' SRI SITI NURHALIZA

Judul Lagu : Kesuma Penyanyi : Siti Nurhaliza Komposer : Aisha Retno, RADi Penulis Lirik : Aisha Retno Kendatipun masa silam sempat menyulami diri, Sukma ini sudah puas berbelangsungkawa manja, Maka datanglah wahai atma baru untuk jiwa lara, Sila hadirlah mayapada baru untuk penerang la…

BAWA AMANDA MAIN AIR

Hujung minggu lepas ( 1& 2 Nov 2025 ) bawa Amanda main air di Singgah Santai Resort di Hulu Langat. Percutian bajet untuk amanda aje sehari semalam. Amanda suka main air, suka mandi dalam tub mandi adik dia. Tu yang ambik masa untuk bawak dia main kat swiming pool. Kat rumah takda swi…