Skip to main content

AI PROFILE MAKER

Aku ada terjumpa satu website untuk membuat gambar profil secara percuma. Ye lah.. macam aku yang ilmu mengeditnya semakin tumpul seiring bertambah usia ni malas dah nak berfikir. Kalau ada yang mudah baik guna  yang mudah aje. Jimat sikit masa. Nama website tu ialah pfpmaker .

Website nya ringkas dan mudah digunakan. Ada pelbagai latar belakang boleh dipilih mengikut kesesuaian. Ada juga fungsi yang berbayar bagi menggunakan Ai Profile Picture. Pada aku yang ada ni pun dah cukup dah. Nampak lah berbeza sikit dari orang lain. Ye dak..!!


Nanti kalau ada website atau page yang menarik aku kongsi lagi ye. Sekadar kongsi info untuk kemudahan kita bersama. Dan entry ini tidak disponsor pon. Aku sendiri pon guna yang free je.



Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments