Skip to main content

KEDAI MAKAN KOREA VIRAL


Hari ni aku lunch kat Dodo Korea @ Nu Sentral. Waktu lunch memang ramai lar orang beratur nak buat pesanan. Teringin gara² viral kat tiktok. Akhirnya berjaya gak sampai.


Seleksi makanan pun pelbagai. Cuma aku tak reti nak cuma makanan yang aku tak pernah makan. Mungkin lain kali kot. Boleh tahan meriah jugak makanan dalam lunchbox tu. Satu hidangan berharga RM 17 je. Tersangatlah murah berbanding kedai makan korea yang lain.


Tapi serius sedap makanan kat sini. Kalau nak pegi jangan waktu peak hour. Datang awal supaya tak beratur panjang dan ada ruang kosong.


Setakat ni di KL ada 3 cawangan je iaitu di Nu Sentral, Avenue K dan Intermark. Sila lah mencuba ya.


🍲 Bilalah nak bukak cawangan baru kat SoGo

Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments