Skip to main content

TEMPOН PENGASINGAN COVID-19 DIKURANGKAN MULAI 5 JULAI - DR ZALIHA

📷 : Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) - Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari mulai 5 Julai ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata ini kerana berdasarkan kajian mendapati infektiviti kes COVID-19 tinggi pada lima hari pertama.

Dr Zaliha juga berkata pesakit COVID-19 yang dahulunya diwajibkan memakai pelitup muka dalam kenderaan awam dan fasiliti kesihatan kini hanya dikehendaki (bukan wajib) memakai pelitup muka ketika berada di kedua-dua lokasi berkenaan.


Walau bagaimana pun kita tetap perlu menjaga diri. Ramai yang dah tak peduli bab pemakaian mask ni terutama tempat yg wajib pakai seperti di pengangkutan awam. Kadang berbulu bijik mata melihatnya. Lelagi main lepas aje batuk tu. Semuga kita dihindari dari segala penyakit dan musibah ya. 

Jaga diri uols 🥰
Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments