Ini bukan pasal patung.
Ini pasal otak manusia.
Kenapa blind box jadi fenomena besar?
Sebab ia direka ikut cara otak kita berfungsi.
Bila kita beli sesuatu yang kita tak tahu hasilnya, otak lepaskan dopamin lebih tinggi berbanding barang yang kita pilih sendiri. Rasa berdebar sebelum buka, rasa “menang” bila dapat design cantik, dan rasa “nak cuba lagi” bila tak dapat yang diidamkan. Ini mekanisme sama seperti perjudian ringan, cuma dibungkus dalam bentuk comel dan selamat.
Masuk pula elemen rare dan edisi terhad. Otak manusia sangat sensitif pada kehilangan. Bila kita rasa “kalau tak beli sekarang, nanti tak ada”, logik kewangan terus duduk belakang. Yang depan ialah FOMO.
Bila dah beli satu dua, perangkap seterusnya ialah rasa nak lengkapkan koleksi. Ini dipanggil sunk cost. Lagi banyak kita dah labur, lagi susah untuk berhenti, walaupun kita sedar kita tak perlukan semua.
Sebab itu pembaziran 2025 bukan selalu barang mahal.
Ia pembelian kecil yang berulang, yang nampak tak salah, tapi bocor perlahan-lahan.
Ini bukan soal lemah disiplin.
Ini soal sistem yang memang direka untuk menekan butang otak kita.
Bila kita faham mekanisme ini, barulah kita boleh pilih.
Nak terus beli kerana emosi, atau nak beli dengan sedar.
Sedikit sedar, banyak jimat.
Sumber : PHM

Ni anak la yang membazir duit mak nya..tapi, nasib lah..mak kedekut bab2 ni.. blind box mahey² plak tu. Tak kose nak melayan.. hahaha
ReplyDelete