Skip to main content

UBAT ALAMI DEPRESSION DAN ANXIETY

Semalam petang aku kena serangan Anxiety setelah sekian lama. Rasa nak tercabut jantung dari dada lepas tu nafas tersekat-sekat macam kena cekik. Ada lah tu yang trigger anxiety tu. Tetiba lak datang menyerang.

Sebenarnya aku memang ada jalani rawatan untuk anxiety disoder ni, setakat ni alhamdulillah terkawal. Tak lah macam dulu setiap masa kena serang. Sampai nak berhadapan dengan orang pun aku takut.

Selain dari ambil ubat, senaman adalah satu cara untuk membantu mengelakkan anxiety ni. Berikut adalah ciapan dan bebenang dari akaun twitter dilla.nur untuk pengetahuan kita bersama.

🐦 : dilla.nur

Senaman akan melepaskan campuran bahan kimia yang boleh meningkatkan mood kita, menurunkan tahap tekanan, dan juga bantu menguruskan depression and anxiety.

Berikut adalah 4 bahan kimia paling penting yang meningkatkan mood kita semasa bersenam:

1. Endorfin:

Ubat penahan sakit semulajadi badan yg dikeluarkan semasa senaman.

Ia mengurangkan ketidakselesaan dan memberikan perasaan seperti euforia, biasanya dikenali sebagai "runner's high".

2. Dopamine:

Pemain utama dalam sistem ganjaran otak kita.

Senaman merangsang pengeluarannya, membawa kepada mood yang lebih baik dan perasaan gembira.

Senaman bantu release dopamin secara konsisten, kerana paras dopamin secara semula jadi berkurangan dengan usia.

3. Serotonin:

Ini adalah neurotransmitter well-being and happiness kita.

Senaman meningkatkan serotonin, membantu menguruskan kemurungan dan kebimbangan, dan juga mengawal tidur.

4. Norepinephrine:

Dikeluarkan semasa senaman, ia meningkatkan kewaspadaan, tumpuan dan membantu dalam tindak balas tekanan.

Ia seperti minuman tenaga semulajadi badan anda!


Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments

  1. Bagus info ni... kdg kita pun rasa mcm ada anxiety tp maybe x serius.. harap awak punya anxiety dh terubat ye..pasni kita hepi2 slalu k

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... dulu kita rajin outing.. sekarang dah tua ni memerap aje.. tu penyakit memacam dapat tu..

      Delete
  2. Oh... tq for sharing... no wonder masa tgk cerita korea dr cha baru² ni bila stress je dia jogging atau buat marathon... berlari pun healing jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. bila senaman otak kita akan merembeskan serotonin membantu kita tenang dan happy

      Delete

Post a Comment