Skip to main content

DEMI MENDAPATKAN KUALITI TIDUR YANG BAIK


Pelaburan demi mendapat kualiti tidur yang baik. Bangun pagi sakit tengkok, kepala pon sakit. Hasilnya kerja pun tak fokus. Masa tidur pun ngantuk. Prestasi hauk.. Apa salahnya keluarkan modal sikit untuk memperbaiki kualiti tidur. Harap tidur nyenyak malam ni.

Meh aku kongsikan sikit info sumber dari chatgpt:


Berikut ialah cara mendapatkan kualiti tidur yang baik:



🛏️ 1. Tetapkan waktu tidur yang konsisten

  • Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari (termasuk hujung minggu).

📱 2. Elak skrin sebelum tidur

  • Jauhkan telefon, tablet, atau TV sekurang-kurangnya 30-60 minit sebelum tidur.

🍵 3. Elak kafein & makanan berat waktu malam

  • Jangan minum kopi, teh, atau makan lewat malam.

🧘 4. Tenangkan diri sebelum tidur

  • Lakukan aktiviti santai seperti baca buku, mandi air suam, atau meditasi.

🌡️ 5. Pastikan bilik tidur selesa

  • Gelap, senyap, dan suhu sesuai (sekitar 20–22°C).

🚫 6. Hadkan tidur siang

  • Jika perlu tidur siang, hadkan kepada 20-30 minit sahaja.

🏃 7. Bersenam secara konsisten

  • Bersenam siang hari bantu tidur lebih nyenyak — elak senaman berat lewat malam.

📝 8. Kawal tekanan & fikiran

  • Tulis jurnal atau senarai tugasan supaya fikiran tidak ‘sibuk’ waktu tidur.

Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments

  1. Hoyeeeee welkam back! Haha pasni rajin la dia mengupdate ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. auwww... tergantung masa dan emosi semasa...

      Delete
  2. Makin nak tidur, makin besar biji mata, makin jauh fikiran melayang, hrmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. waktu kui 9 mata ngantuk.. tertahan tahan.. sampai kui 12 terus terang bijik mata.. memacam melayang dalam otak.. memikir memacam lak dia.. kalau lah boleh time tido otak letak tepi kan bagus..

      Delete
  3. Dah makin berusia ni, kualiti tidur pun makin menurun. Tak pasti la faktor ubat ke, faktor umur ke apa. Skrg ni aku ambik supplement utk improve kualiti tidur tapi tak nampak lagi keberkesanannya sbb baru start huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon sama.. makan ubat untuk tenang dan mudah tido.. kene naikkan dos kot baru boleh nyenyak tido..

      Delete
  4. SEMOGA KEMBALI SIHAT SEGAR SELEPAS TIDUR, TIDUR NI REHATKAN BADAN YANG PENAT..DAH BANGUN NANTI AMBIL WUDUK..FIRSTKY SOLAT YA, alamak huruf besar pula..maaf ikhlas komen di laman baru ni..tahniah ada blog..

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas nasihat dan tegurannya... terima kasih taw...

    ReplyDelete

Post a Comment