Hari ahad lalu, 26/10 aku jumpa balik sorang kawan sekolah yang terpisah 36 tahun lalu. Kalau fikirkan, ada la saki baki memori yang aku masih ingat lagi yang buatkan aku beranikan diri bertanya kat dia. Adakah dia orang yang aku maksudkan.
Soalan aku simple aje. Adakah Alan pernah sekolah di SKSL dulu sekejap. Alan cuma bersekolah selama 3 bulan sahaja sebelum pindah ke Kedah. Dia terkejut kerana tiada siapa yang tau dia pernah bersekolah di SKSL dan itu menguatkan lagi firasat saya bahawa Alan lah yang yang saya cari.
Alan ni seorang influencer di youtube, buat perkongsian tentang aktiviti perkhemahan. Asal dari situ lah hati aku berat mengatakan itu adalah Azlan member sekolah aku dulu.
Waktu berjumpa tak banyak cerita zaman sekolah semua semua dah samar-samar dalam kepala. Jadi kitorang banyak cerita pasal pengalaman camping aje.
Makan-makan, karaoke sampai hilang suara. Sempat sejam aje karaoke sebab memasing dah hilang suara. Akhirnya surrender, tak sampai 2 jam pun. Selepas tu kami habiskan masa lepak mamak. Tepat jam 2 pagi kami pon balik ke sarang masing-masing. Alan dok hotel dan aku balik rumah. Esoknya Alan ada bengkel di Sepang.
InsyaAllah ada kesempatan kita lepak lagi. Harap tak serik le.. Semoga persahabatan berkekalan.

.jpg)
Walaupun kenal tak lama kat sekolah tapi ko masih igt lagi dgn dia ye Sodep 👍🏻
ReplyDeleteTu la pasal.. kalau ikotkan hati dah lupa dah pon rupa dia sebab last jumpa dan berpisah pon waktu darjah tiga dulu.. naluri hati ni kuat sangat kata itu dia.. tu terus tanya.. akhirnya tepat.. lepas setahun lebih baru dapat jumpa semula.. otai camping selalu tengok kat youtube.. tak sangka kawan lama.
Delete