Skip to main content

LARI DARI RUMAH KE..?


Sempena bertambah usia setahun lagi 16 hb yang lalu aku bercadang lari dari rumah. Nak bawak diri dok dalam hutan lari dari hiruk pikuk kota. Sebenarnya memang dah plan dah nak gi camping nak gi camping cuma semua


Campsite penuh sebab dah last minute sangat kan. Cari punya cari dapat book satu campsite ni. Book tapak untuk tiga hari dua malam bermula 17 hingga 19 Oktober. Sebelum ni camping selalunya di tepi sungai aje. Sekarang nak tukar citarasa sikit, camping atas bukit. Takda pengalaman jadi tak tau suasananya macam mana. Persiapan pon macam biasa aje. Takda pulak terfikir nak beli ridsect atau ubat nyamuk.

Perjalanan lancar aje dari rumah ke campsite. Cuma yang mencabar jalan naik menuju campsite dari gate masuk. Berdecit tayar, nasib tak mengundur.


Tapak campsite ni memang best gila. Turun kereta terus teruja. Memandangankan kami sampai dulu jadi kami bebas pilih tapak. Kami pilih tapak dengan view terbaik. Yay..

Pengalaman yang best kat tapak ni ialah permandangan awan carpet terutama waktu subuh sampai ke pagi. Hujan setiap petang sampai ke malam jadi tak banyak  masa boleh lepak di luar sambil nyopi-ngopi.

Pengalaman yang kurang bestnya adalah nyamuk. Memang banyak nyamuk dan serangga. Kelkatu hurung lampu gara-gara hujan kan. Memang x boleh masak bawah lampu sebab terlalu banyak serangga. Terpaksa masak dalam khemah nak elakkan serangga. 

Tandas selesa cuma tekanan air tak berapa kuat. 

Tunggu kesempatan lain nak datang sini lagi. Lepas ni nak siapkan ubat nyamuk dan ridsect. Insect repellant sekali.. Berbintat-bintat kaki dah nie.

Lokasi : WillowTree HillTop, Hulu Langat

Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments