Skip to main content

SIAPA KETAGIH BLINDBOX?


Perasan tak beg-beg Gen Z sekarang ada anak patung tergantung?


Bukan satu kadang sampai lima. Comel, berwarna pastel, dan ditukar setiap minggu ikut mood. Ia bukan sekadar aksesori, tapi simbol gaya hidup baru yang lahir daripada fenomena blind box.

Dulu kita tikam telur 20 sen, 50 sen di kedai runcit. Tak tahu dapat apa tapi rasa teruja bila buka dan jumpa mainan yang kita nak. Hari ini, konsep sama dihidupkan semula dalam versi moden. Cuma harganya bukan lagi sen-sen, tapi puluhan ringgit satu kotak!

Fenomena ini jadi kegilaan Gen Z di seluruh dunia. Setiap kotak menyembunyikan figura yang mungkin “rare”, dan detik membukanya mencetuskan lonjakan dopamin hormon sama yang terlibat bila seseorang menang kecil dalam pertaruhan.

Pengasas Pop Mart, Wang Ning, faham satu perkara penting manusia bukan beli kerana barangnya, tapi kerana emosinya. Dari situlah lahir empayar bernilai berbilion dolar.


Berikut beberapa langkah untuk elak habiskan ratusan malah ribuan ringgit untuk blind box:

1. Tetapkan bajet. Beli untuk seronok, bukan untuk berlumba.

2. Nikmati proses, bukan kejar rare. Itu nasib, bukan misi.

3. Pilih kerana suka, bukan sebab trend.

4. Tukar atau kongsi dengan kawan. Jadikan hobi, bukan ketagihan.

Kalau minat, beli satu dua. Jangan sampai terjerat habis beratus ringgit sebab nak kejar watak comel yang belum tentu muncul.

Sumber : Public Health Malaysia


Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments