Skip to main content

KECILKAN CIRCLE DEMI KESIHATAN MENTAL

 


Sebenarnya, orang yang mula memilih untuk mengehadkan diri dalam pergaulan, bukan bermakna dia sombong atau tidak mahu bergaul.

Dia cuma sudah cukup berpengalaman dalam hal persahabatan, sudah tahu baik buruknya berkawan dengan terlalu ramai orang.

Memilih untuk berkawan dengan mereka yang sehaluan dan berkualiti itu perkara biasa. Takkanlah kita mahu memaksa diri untuk terus berada dalam lingkungan yang tidak sesuai dengan jiwa kita?

Memilih dengan siapa kita berkawan adalah hak setiap individu.

Jadi, jangan cepat menilai seseorang hanya kerana dia kelihatan tidak ramai kawan, atau sukar didekati. Setiap orang pasti ada sebab dan kisahnya yang tersendiri.

Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments