Hai korang!!
Tengah nonton netflix ke tu?
Korang pernah tak jadi cam gini. Korang bosan.. buka netflix kononnya nak nonton netflix. Scroll punya skroll takda satu pon cerita yang menepati citarasa dan mood korang waktu tu. Sudahnya masa habis scroll netflix sambil tengok prebiu.
Kadang beria simpan rebiu-rebiu orang dalam facebook pasal movie-movie baru dalam netflix, sudahnya tak tertengok. Bagi aku nak nonton netflix ni bergantung pada mood semasa. Kadang nak tengok citer action, kadang cerita sedih, kadang nak tengok kartun atau pun cerita seram.
Walau best cemana pon cerita tu kalau mood korang waktu tu tak menyokong. 5 minit pertama aje lah ko tengok movie tu. Lepas tu korang beralih ke youtube.
Pengalaman korang lak macam mana? korang suka tengok movie genre ape... aku suka horror dan seram..
Langgan Netflix, Tapi Asyik Scroll Tajuk Sampai Tak Tonton Apa-Apa
Pernah tak, malam tu anda konon nak “reward” diri.
Buka Netflix.
Scroll satu tajuk.
Baca sinopsis.
Tengok trailer.
Masuk senarai.
Keluar balik.
Scroll lagi.
Akhirnya sejam berlalu, bukan filem yang habis ditonton, tapi tenaga mental yang habis dulu.
Anda tidak pelik. Anda cuma sedang berdepan dengan satu perkara yang sangat biasa dalam dunia moden: terlalu banyak pilihan.
Bila pilihan terlalu banyak, otak bukan rasa bebas. Otak jadi letih. Kita mula takut tersalah pilih. Takut filem itu membosankan. Takut rugi masa. Takut ada pilihan lain yang lebih best.
Jadi kita terus mencari “yang paling sempurna”, sampai akhirnya tiada satu pun yang dipilih.
Kadang-kadang, scroll tajuk filem itu sendiri sudah jadi hiburan kecil. Poster cantik, tajuk menarik, trailer pendek, semua bagi rasa seperti kita sedang “buat sesuatu”. Padahal sebenarnya kita belum pun berehat.
Inilah perangkap zaman sekarang.
Kita ada akses kepada hiburan, tapi makin susah untuk benar-benar menikmati. Kita ada banyak pilihan, tapi makin sukar untuk puas hati. Kita buka aplikasi untuk tenangkan fikiran, tapi fikiran pula makin penat membuat keputusan kecil yang tidak habis-habis.
Sebab itu kadang-kadang, cara paling baik ialah pilih sahaja satu. Tidak perlu sempurna. Tidak perlu filem terbaik abad ini. Cukup sekadar sesuatu yang boleh membuat anda berhenti sekejap daripada terus mencari.
Rehat bukan tentang jumpa pilihan paling sempurna.
Kadang-kadang rehat bermula bila kita berhenti scroll dan benarkan diri menikmati apa yang sudah ada di depan mata.
SUMBER : PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Comments
Post a Comment