Hari raya ni boleh dikira berapa rumah aje aku pergi open house. Jadi memandangkan ada peluang ni aku pun ambil kesempatan lah. Diorang dah plan seminggu awal jadi sebab takda plan aku pon setuju untuk hadir. Dah lama kenal diorang ni cuma aku jarang join aktiviti . Faktor usia kot, dah malas nak bersosial. Sebab dah kenal senang la aku nak sembang, kira masuk la.. kalau orang yang aku tak kenal lambat sikit la nak warm up. Makin berumur makin introvert pulak 😔.
Untuk majlis ni aku sediakan Cheesekut untuk dibawa sebagai potluck. Setiap majlis makan aku tempah aje Cheesekut dari jiran aku. Senang nak dibawa dan sedap. Tak sempat makan makan di majlis korang boleh selit masuk dalam handbag korang bawak balik 🤭.
Perjalanan ambil masa hampir sejam, padahal dari Bukit Jalil ke Sentul aje. Biasalah dah hujung-hujung Syawal ni orang sebok buat open house dan kenduri kawin. Sampai aje kami dijemput di lobi. Shai dengan Kak Retna dan sampai dulu. Kak Ret bawak Qayyum dan Shai bawak anak daranya Najla. Aku bawak serumah datang nak memeriahkan majlis (tak payah masak.. kita makan kenyang-kenyang sebelum balik k 😅). Dan tetamu terakhir pun sampai. Lama gila tak jumpa Topek, nampak gayanya kita sama-sama berkembang pesat ya.
Sambil makan-makan aku live tiktok supaya dapat berinteraksi dengan kawan-kawan yang jauh dan tak dapat hadir. Makanan sederhana tapi meriah. Cuma tak dapat nak cicip semua (teringat pulot panggang shai, x sempat makan sebab kekenyangan makan laksa sarawak) 😌
Dalam masa tu majlis diselang selikan dengan sesi Sambutan Hari Lahir Junaidix a.k.a tuan rumah. Puan Carneys dan siapkan kek comel untuk encik suami. Urmm.. sweetnyaa..!! 😍
Selesai majlis kami semua beransur pulang. Tuan rumah hantar kami ke lobi dan kami sempat bergambar beramai-ramai untuk dikenang tahun-tahun mendatang. Bukan selalu boleh berkumpul macam ni memandangan semua ada komitmen masing-masing. Walau majlis tak ramai tapi cukup meriah 🥰.
Akhirnya kami pulang dengan perut kenyang. Terima kasih Carney dan Jun atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semuga kita bertemu lagi di kesempatan mendatang. 👋🏼
Korang boleh baca cerita gathering dan melihat gambar-gambar di sini ( Shai , Kak Retna dan Carneyz )








Hahahaa ok next time kita nak colik anak dara awak plak la g beraya hahaha...
ReplyDeleteKenyang kan tp mcm x puas makan² aritu. Rs kejap sgt dpt berkumpul haha
tengok post baru saya kak retna 😉
ReplyDeleteHahahaa dah baca n komen
DeleteTerima Kasih atas hadiahnya. Najla setiap pagi bawa anaknya yang bernama CT tu pergi sekolah agama.
ReplyDeleteAlhamdulillah Najla happy.. tengok CT ingat uncle Asri K... 😁
DeleteInshaallah tahun depan kita host raya di JB pulak okayyyy...
ReplyDeleteyay... x sabarnyaa... kambik golek saya punya sorang.. thehehe
Delete