Skip to main content

REDAH HUJAN SIKIT, ESOK TERUS DEMAM?

Hai korang…

Korang pernah tak lepas kena hujan terus rasa pening-pening dan badan macam nak demam? Aku memang jenis yang selalu kena macam ni. Kalau tak sakit kepala, mesti berakhir dengan demam panas. Memang jadi “rutin” pula setiap kali kena hujan.

Teringat satu kejadian masa aku kerja di Fajar Teluk Intan dulu. Waktu rehat, aku ambil peluang balik hostel nak rehat sekejap. Maklumlah kerja cashier ni banyak berdiri, memang penat. Kebetulan masa tu hujan panas, tapi aku redah juga sebab nak cepat sampai dan rehat.

Sampai je hostel, aku terus baring. Tak mandi pun lepas kena hujan tu terus tukar baju dan rebah. Sedar-sedar, aku dengar macam ada orang panggil nama aku dari jauh. Rupanya Azri tengah jerit cari aku sebab aku tak masuk kaunter sambung kerja!

Rupanya aku dah terlena dari pukul 1 sampai 4 petang. Memang “power nap” yang terlebih power. Akibatnya, aku kena ganti waktu kerja… dan paling sedih, elaun pun melayang sebab lambat masuk kerja.

Semua ni gara-gara kena hujan, lepas tu kepala terus pening-pening lalat. Memang kenangan yang aku tak boleh lupa sampai sekarang.

Korang pula macam mana? Ada tak yang alami benda sama macam aku? Jom share pengalaman korang! 😊


Tengahari panas lit-lit sampai berpeluh ketiak. Tiba-tiba pukul 4 petang, langit gelap segelap masa depan, terus ribut petir. 

Lari pecut redah hujan sebab nak cepat masuk kereta. Sampai je dalam kereta, benda pertama kita buat adalah pulas aircond paling kuat sebab cermin mula berkabus. Baju pula lembap sikit kena tempias.

Esok paginya automatik tekak rasa berpasir. Hidung mula tersumbat dan badan rasa dedar.

Masa ni la kita mula salahkan hujan. "Air hujan la ni, tajam sangat," kata kita sedap menyedapkan hati sendiri.

Sebenarnya hujan tak bersalah pun. Air hujan tak bawa virus demam. Realitinya, badan kita sendiri yang sabotaj diri sendiri bila cuaca bertukar mengejut.

Sains panggil situasi ini: Immune System Shock.

Bila badan kita tengah panas, pori kulit dan saluran darah mengembang. Tapi bila kita tiba-tiba redah hujan sejuk, ditambah pula masuk kereta pasang aircond kuat dengan baju basah, badan kita terus panik.

Secara automatik saluran darah dekat kawasan hidung dan tekak mengecut dengan mengejut untuk simpan haba. Bila "jalan" dah sempit, sel darah putih iaitu askar pertahanan badan kita tersangkut. Diorang tak boleh sampai ke kawasan hidung untuk berkawal.

Bila askar tak ada, perisai pertahanan terus lumpuh. Masa inilah virus selsema yang memang sedia ada lepak dalam saluran pernafasan kita ambil peluang buat parti liar dan membiak laju-laju. 

Patutlah petua mak-mak kita dari dulu selalu berbunyi: "Dah kena hujan tu pergi mandi cepat, basuh kepala tu sekali!"

Rupanya petua orang lama ni sangat tepat dari segi medikal. Bila kita mandi bilas badan dengan air biasa atau suam, kita sebenarnya tolong badan untuk normalkan balik suhu secara perlahan-lahan. Perisai imun kita akan naik balik selepas suhu badan tak lagi terkejut.

Jadi lepas ni kalau terpaksa redah tempias hujan balik kerja, tolong buat benda ni:

1. Jangan terus bermastautin dalam aircond kereta dengan baju lembap. Perlahankan sikit suhu tu.
2. Sampai rumah jangan terus baring atas katil tengok fon. Pergi mandi bilas badan.
3. Sila letak payung siap-siap dalam kereta. Kita pakai payung bukan sebab takut air hujan, tapi sebab kita takut badan terkejut.

Kongsikan ilmu ni dekat group WhatsApp family. Boleh la korang backup mak korang punya petua lepas ni. Mesti kembang hidung mak kalau tahu petua bebelan dia tu disokong oleh sains.

#PublicHealthMalaysia #KesihatanAwam

Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments