Hai korang.. ! 👋🏼
Baru-baru ini, dunia kembali dikejutkan dengan penularan hantavirus yang dikaitkan dengan beberapa kematian di sebuah kapal persiaran. Walaupun penyakit ini jarang berlaku, ia tetap menimbulkan kebimbangan kerana boleh membawa risiko yang serius kepada kesihatan manusia.
Menurut World Health Organization, hantavirus ialah sejenis virus yang dibawa oleh tikus dan boleh menjangkiti manusia melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur haiwan tersebut. Malah, habuk yang tercemar di udara juga boleh menjadi punca jangkitan jika disedut tanpa disedari.
Di bawah adalah artikel dari PHM untuk korang ambil perhatian. Sama-sama lah kita menjaga ya.
Kadang-kadang kita nampak najis tikus di dapur, stor atau belakang rumah, terus rasa nak capai penyapu atau vacuum supaya cepat selesai.
Tapi di sinilah ramai orang tak sedar bahayanya.
Bila najis tikus yang kering disapu atau divacuum, ia boleh pecah jadi habuk halus dan terbang ke udara. Habuk ini mungkin datang daripada najis, air kencing atau sisa sarang tikus yang tercemar.
Bila kita sedut tanpa sedar, risiko jangkitan pun meningkat. Sebab itu, bahaya sebenar bukan pada najis yang kita nampak saja, tapi pada zarah halus yang kita tak nampak.
Cara yang lebih selamat ialah jangan terus sapu. Jangan terus vacuum. Basahkan dulu kawasan itu dengan cecair pembasmi kuman atau bancuhan peluntur yang sesuai, biarkan seketika, kemudian kutip dengan tisu atau bahan pakai buang.
Selepas itu, buang dalam plastik yang diikat kemas dan cuci tangan betul-betul.
.
Kalau anda nampak najis tikus di rumah hari ini, ingat satu benda ini
Jangan buat ia berterbangan.
Basahkan dulu.
Bersihkan dengan selamat.
SUMBER : PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Comments
Post a Comment