Hai korang.. 👋🏼
Buat apa je hujung² minggu ni. Hari ni aku bawak Amanda dan Harraz gi mandi² kat Singgah Santai Resort di Hulu Langat. Sebelum ni kami pernah menginap di sini, saja nak staycation sambil bawa budak² ni mandi² . Adik yang plan kebetulan suaminya cuti hari ni.
Resort ni biasa² aje, tak lah modern dan tak lah uzur. Yang menarik perhatian aku tempat ni cuma makanannya. Makanan kat cafe sini sedap², jadi kami datang sini bawak bebudak mandi sambil makan tengah hari. Kegemaran aku mee goreng dia, tersangat lah sedap. Tak sempat nak ambil gambar sebab memasing kebulur. Terus ngap!! 🤤
Sebab adik ipar order chiken chop sekali lagi sempat la snap gambar sebelum kena lahap.
Cuaca boleh tahan panas, lepas tu tetiba aje hujan turun. Hujan panas.. Bawak Amanda naik sekejap dan makan dulu sementara hujan berhenti. Selesai je makan hujan pon berhenti, orang kata hujan bukit.. sekali lalu aje.
Ni kali pertama bawa Harraz turun dalam kolam. Selama ni Amanda aje yang kecebur mandi dalam kolam tu. Syakir terpaksa la turun sekali bawa harraz sambil melayan Amanda.

Dah puas berendam 🥶, Amanda pon dah termuntah² asik tersedak air kolam 🤮.. semua naik. Amanda sempat habiskan nasi goreng cina dia sebelum bersiap² untuk balik..
Balik sempat singgah kat Desa Tasik, Sungai besi sebab teringin nak makan buah². Cuaca panas² ni sedap makan buah. Lelagi tembikai.. beli gak buat oren, mangga, pisang, pear dan jambu batu. Malam ni x masak nasik. Kita kenduri buah aje 😂
Ok lah.. nak rehat.. apa pulak aktiviti korang hujung minggu ni..
#NurAiraAmanda
#MuhammadHarrazAnaqi
#NAABMSI
#NAABMSI
#MHABMSI
#2tahun9bulan15hari
#2tahun9bulan15hari
#9bulan17hari
#AnakBuahDedi
#AnakBuahDedi





Jumaat masa cuti Hari pekerja tu SA ke JB jenguk anak bujang sorang tu...lepas tu Sabtu Ahad melepak aje kat rumah
ReplyDeleteTu lah.. sebenarnya kalau cuti nak dok rumah aje rehat.. malas betul nak menempuh panas panas dengan jem nya tu kat luar.. faktor usia kot.. thehehe 😁
DeleteBahagia bersama keluarga..anak2 permata hati..
ReplyDeleteitu lah hiburan di rumah.. penat² pon tetap layan.. hilang penat sekejap..
DeleteTeruskan berkarya di blog, entri kualiti penyampaian yang hebat pasti ramai klik..
ReplyDeleteterima kasih.. sekadar suka² je.. orang datang singgah kita sambut.. sekadar kongsi sedikit info dan cerita harian..
Delete