Skip to main content

di kesakitan ini..

adeh.. mesti korang tertanya tanya kenapa plak tetiba aku sakit kaki ni. sakit ni baru je datang. kesan daripada pembedahan yang aku pernah lakukan kat kaki aku ni dulu. kat dalam peha kiri aku ni ada plate yang mengambungkan tulang peha aku yang patah dulu.
aku pernah eksiden pada 2 febuari 2002 yang lalu. maknanya dah lama dah plate tu ada dalam kaki nie. sekarang bahagian tu dah mula sakit. aku rasa skru dari plate tu dah longgar dan mungkin dah nyucuk nyucuk kat daging. jalan aku pon dah semakin perlahan. bila aku nak gi makan dengan bebudak kat opis nie, aku mesti kat belakang sebab aku dah tak boleh jalan laju. kengkadang waktu berjalan rasa sakit nyucuk nyucuk sampai aku berenti untuk redakan sakit tu.

tapi tak boleh nak tandingi sakit waktu eksiden dulu. aku ceritakan ek...

hari tu hujan lebat semakin reda. tapi masih lagi rintik. keadaan waktu tu memang gelap cuma di terangi lampu moto je. waktu tu aku membonceng moto tzm kawan ku. maka terkangkang lar aku duduk di belakangnya.

sewaktu perjalanan di selalu tersasar ke jalan orang bila di selekoh. maksud aku selalu termasuk lorong sebelah. bahaya tu kalau kat selekoh.. takot berlaga dengan kenderaan yang bertentangan.
aku tegur cara dia bawak moto tu dan mungkin sebab dia ikut nasihat aku, jadi sepanjang perjalanan dia ikut tepi aje.. budus...

tiba di satu jalan yang lebar gelap dan sunyi, kami lalui jalan tu seperti biasa tanpa menghidu sebarang kecelakaan yang bakal berlaku. tiba tiba aku ternampak satu tiang sedikit ketengah jalan. waktu tu jarak kamu semakin dekat dengan tiang tu. hari masih hujan renyai..
tiba tiba..... kebabOm....!!!!!

aku terseret sejauh berapa meter ek.. jaraknya dua tiang lerik kat tepi jalan tu... tiang pertama aku jatuh.. tiang kedua aku terseret dan aku berenti di tiang ketiga.. korang bayangkan lar... mujurlah waktu tu hujan menyebabkan jalan licin. cuma kulit koyak kat bahu, siku dan jari sikit... helmet aku calar balar.. yang aku ingat waktu tu ada satu objek telah menghempap badan aku sewaktu badan aku terseret ke seberang jalan.

korang tau ape menda tu..?? menda tu adalah kaki aku sendiri.. kaki aku beb. waktu tu aku dah tau yang kaki aku mesti dah patah punya. waktu aku dah terlantar kat atas jalan tu aku memang tak fikir apa. memang kosong je kepala otak aku. aku cuba bangun, tapi memang tak terdaya. waktu kawan aku cuba bangun nak melambai kat kereta yang lalu menghala ke kami.. kami terbaring di atas laluan kereta tu.

kawan yang bawak aku tu pon mamai.. cakap pon dah tak betui dah.. aku waktu tu tengah mamai lagi... waktu tu sikit sikit aku mulai merasa sakit kat kaki tu.. waktu tu yang aku ingat, aku cuba capai wallet dan henpon aku dan serahkan pada kawan aku yang lagi sorang tu. dia pon terjatuh sebab nak mengelak kami yang dah tergolek dog tu. aku tau, dalam keadaan macam tu ada orang yang tak bertanggung jawab akan mengambil kesempatan

selang beberapa minit ramai orang kampung yang tinggal di sekitar situ datang. yang aku dengar diorang suruh ambik air siram jalan sebab ada banyak darah. darah???!!!
apa yang berdarah? kawan aku tu berdiri selamba jer.. takda yang cedera... kaki aku putus ker?? aku mula berfikir yang bebukan sebab diorang kata ada darah banyak. waktu tu diorang semua nak angkat aku ketepi. diorang dengan selambanya nak mengangkat aku tapi aku tak benarkan.. diorang kata aku ok ajer.. takda yang patah.. aku cakap kaki aku sakit. diorang kata ok ajer.. diorang pon berdegil nak mengangkat jugak.. aku dengan sekuat tenaga aku menjerit sambil mengatakan.. " kaki aku patah lar bOdOh..!! "

muahahahaha... orang nak tolong aku pon aku maki... waktu diorang angkat tu baru diorang perasan yang kaki aku dah terkulai.. peha aku patah.. bahagian kaki aku koyak.. ternganga lagi besar dari mulut aku tengah nguap.. urat kaki aku ada yang putus.. tak lama lepas tu ambulan datang.

kawan aku dah hubungi mak aku dan mak aku akan datang terus ke bahagian emergency. waktu aku kat dalam ambulan tu.. aku rasa sejuk jer.. maklumlar dah basah lenjun kene ujan. budak yang bawak aku naik motor tu pon ikot sekali sambil memegang dan meramas tangan aku yang luka tu. dia menangis nangis mintak maaf kat kat aku dan aku katakan yang aku maafkan dia. aku tak salahkan dia dan itu adalah takdir bagi aku.

waktu tu aku rasa cam nak tertidur aje. dia goyang aku suruh aku bangun. dia takot aku mati kot, tapi aku memang rasa nak tidor sangat. kenapa lar aku tak pengsan waktu tu ek.. kalau aku pengsan takda lar aku rasa sakit sangat waktu tu...

sampai kat hospital aku di letak dalam satu bilik di bahagian emergency. di situ aku menunggu lama jugak.. mungkin diorang cop aku racing moto kot sebab tu dia layan ala kadar aje. huh...
dalam setengah jam lepas tu baru ada petugas datang. dia gunting semua pakaian yang aku ada. lepas tu dia cuci luka kat kaki aku. waktu baru lar aku nampak yang kaki aku dah terkoyak. tah air ape yang di siram kat kaki aku ni aku pon tak tau.. panas rasa cam terbako ajer.. mungkin air untuk bunuh kuman kot. maklumlar.. luka tu dah ternganga lama.. kene air hujan dan pasir batu segala.. punca luka tu koyang aku tak tau.

bila selesai luka aku di cuci, aku di suntik dan di ambil penerangan. selepas tu aku di bawa ke luar. waktu tu aku tengok mak abah aku dah ada kat luar dengan jiran yang tolong bawak famili aku ke hospital. din rakan pejabat aku pon datang dengan isterinya.

cakap tentang din.. sebelom aku eksiden tu aku memang ada call din dan bercakap kat dia yang ada benda buruk akan berlaku. tapi aku tak terfikir pon sewaktu aku cakap cam tu.. padahal waktu tu aku cuma nak cakap cermin mata aku melayang hilang tah kemana waktu atas moto tu. dia tanya. apa berita buruk tu.. aku cakap nanti lar aku bagi tau... sudahnya.. sampai jugak berita buruk tu kat dia.. yang aku sendiri pon tak sangka..

seminggu aku di tinggal di wad, aku di bedah pada hari yang ke empat. hari ke tujuh aku di bawa pulang dan selama 8 bulan aku mc.

sekarang dah tiga tahun lebih perkara tu berlaku... aku rasa aku perlu keluarkan plet ni dengan kadar segera sebelom keadaan menjadi lebih kritikal... ya allah berikan aku kekuatan... sekali aku duduk di bilik bedah tu membuatkan aku betul betul takot. dan kalau boleh aku taknak masuk lagi bilik tu.

[waktu aku taip entry nie kak phia tipon, mekasih kak tanya khabar tentang saya.. insy saya akan pegi minggu depan.. aku janji dengan semua orang yang aku akan g hospital minggu depan]
Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments

  1. adeii..saket~aku mmg tatahan klo dgr psl mende2 gini..takottt..fhobia ngn darah..phobia gak ngn sepital...xmo g sane...abg aku eksiden dl pon aku xberani nk g tgk...huwaa~~~

    ReplyDelete
  2. dep.
    rupenye ko ade kenangan ngeri ni.
    kesian ko.
    ngeri gak aku baca.
    sabar ye dep.

    ReplyDelete
  3. wow ngerinya dep...tapi besi tu dah bukakkan...tapi terasa sakit lagi ye...

    ReplyDelete

Post a Comment