Skip to main content

Hazami Nyata

Selepas mencipta kejayaan dengan lagu Kata dan Mungkir Bahagia, Hazami kembali dengan buah tangan baru, Nyata selepas hampir dua tahun sepi tanpa album.

Mendengar keseluruhan isi kandungan Nyata, ia menampilkan kelainan dengan kepelbagaian jalur lagu dan tema seperti apa yang di janjikan Hazami sebelum ini kepada peminatnya.

Ia mampu memenuhi selera pendengar setiap peringkat umur apatah lagi kebanyakan lirik di muatkan lebih ke arah membentuk peribadi positif. Tidak keterlaluan sekirangan dikatakan Nyata sesuai dijadikan santapan jiwa.

Tiada lagi lagu yang terlalu mendayu dengan lirik lagi meruntun jiwa kerana kecewa cinta sebaliknya hazami cuba memberitahu pendengar ada sesuatu yang lebih besar daripada itu dalam kehidupan seseorang manusia.

Mendengar lagu Ayuh yang menjadi single pertama pilihan Hazami pasti mengingatkan kembali peminat lagu Punch Card pernah dihasilkan Allahyarham Sudirman Arshad.

Hazami bijak memilih tema albumnya kali ini. Musik Ayuh yang disusun sendiri Hazami segar dan tidak mustahil menjadi pilihan semua stesen radio setiap pagi bagi mengiringi pendengar ke tempat kerja.

Selain itu mereka yang belum mendapatkan album terbaru ini jangan tertipu apabila melihat judul seperti Tiada Dikau Tiada Daku dan Restu Kerana ia bukan bertemakan cinta dan sebaliknya didedikasikan kepada insan bergelar ibu dan bapa.

Menilai dari sudut komposisi mungkin ada berpendapat lagu dihasilkan Hazami masih sama. Bagaimanapun sebagai penerbit kepada album sendiri pernyanyi itu cuba mewujudkan satu 'tanda' musik dipelopori dan diperindahkan lagi dengan irama berbeza seperti waltz, R&B ( dalam Igauan ) dan disko menerusi lagu Yang Ku Mahu.

Dengarkan juga Kiblatku dicipta Khas Azlan Abu Hassan untuk dimuatkan dalam Nyata.

*Artikel di petik dari akhbar Harian Metro


Aku dah pun mendengar lagu lagu dari album nie, memang tak rugi aku memiliki album nie, Lagu-lagunya memang tepat pada telinga aku mendengarnya, jiwa aku. Melodi yang berentak perlahannya digarapkan sangat indah dan penuh emosi. Lagu rancaknya boleh buat kaki nie nak menari, hebatkan. Kalau korang nak kan kelainan ini lah albumnya, Bg aku sama hebat dengan album Anuar Zain tapi masing masing ada kelebihan sendiri.

Jadi sila dapatkan di pasaran, hangat di pasaran.. best...

**jika aku salah hukum lah aku... jika aku benar kau peliharalah aku. Hindarilah aku dari fitnah dan sangka yang bisa menjatuhkan maruah aku... kalau aku benar tunjukkan lah kebenaran... kalau aku salah.. rungkaikan lah.. kerana aku yakin ya Allah.. Kau maha kaya dan mengetahui.
Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments

  1. lagu2 hazami mmg besh.. tapi utk membeli album kat kedai tu aku pk 7-8 kali.. adeh :P

    ReplyDelete
  2. alah.. apa salahnyer kalau membeli album artis yang kita minat... lelagi hasilnya sangat memuaskan hati.. mesti berbaloi.. thehehe

    ReplyDelete

Post a Comment