Skip to main content

RAYA MENJELMA

Huh... hari nie hari akhir aku bekerja sebelom aku balik kampung beraya. Mungkin raya aku tahun nie tak sama cam raya raya yang lepas, aku rindu sangat dengan kuah satay yang paling best dalam dunia, masak lemak kuning yang aku tak boleh nak lupakan. Semua air tangan mak adalah yang terbaik bagi aku. Malah pada sesiapa pon.

Pasti sedih.. siapa yang tak sedih. Tapi aku tak boleh nak tunjukkan raut walau sedih nie pada orang tua aku yang masih tinggal, kasihan dia..

Raya ke empat pulak nanti aku akan tepat berumur 27 tahun, tua rasanya aku... apa pengisian yang ada dalam hidup aku selama hidup aku nie. Kalau korang nak bg hadiah kat aku sila mintak alamat aku di budakbunian@gmail.com dan aku bersedia menanti hadiah dari korang :P

Sebelom aku tamatkan ini, aku nak menyusun sepuluh jari tangan dan kaki untuk memohon ampun dan maaf, jika ada terkasar bahasa atau tersalah kata selama aku menulis atau pon secara lisan selama korang kenal dan membaca entry aku nie... halal kan mana yang termakan dan terminum. Semuga kalian di berkati Tuhan dan Raya Tahun nie yang terindah buat korang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments

  1. rilekslah sodep, selamat hari raya dr aku.

    ReplyDelete
  2. salam lebaran bell... maaf sekiranya tersalah kata dan terguris hati sepanjang perkenalan kite...

    ReplyDelete
  3. sabar sodep...aku ucapkan epi besday yg akan dtg ni..dan slamat hari raya hadji...selamat pergi dan selamat kembali...

    ReplyDelete
  4. Aduhhh sodep, gue tunggu kamu punya entri di blog lam... RUpanya sudah berpindah... Aishhhh

    Hapdet2!!!

    ReplyDelete

Post a Comment