Skip to main content

Gelisah..

Pergh... lama gila aku tak apdet blog. Bukan takda masa, tapi malas. Dan semenjak ada facebook dan twitter nie aku seolah meninggalkan lansung dunia blogging nie. Padahal dulu sehari tak apdet blog aku rasa gelisah gila. Mesti nak bukak apdet pendek pon jadilah.

Tapi hari nie aku bukan gelisah sebab blogging. Aku dapat apdet ni pon kebetulan aje, sebab aku cuba bukak blogger.com kat PC opis aku nie dan boleh lak bukak. Kalau tidak memang lansung tak boleh sbb kene block.

Aku frust gila sebab aku kandas satu subjek dalam peperiksaan perkhidmatan. Itu bermakna aku kene ambik lagi xzam untuk tahun nie. Bila la aku boleh sah jawatan ni. Aku dah penat tunggu.

Yang jadi masalah sekarang aku kene ulang ambik balik semua paper. Sekarang bukan SSM macam dulu. Kalau aku gagal satu paper aku cuma ulang satu paper tu aje. Tapi dengan SBPA nie paper lama semua dah takda. Dan aku terpaksa ambil semua paper. Dengar kata budak Pengurusan Sumber Manusia xzam kali nie tak boleh bawak buku. Matilah.... Memang lah kalau semua xzam x perlu bawak buku. Tapi kalau perintah am nie mampos la aku nak ingat semua. Aku bukan nak ambil diploma atau degree ke dalam Law. Huh.. buat stress kepala otak aku aje.

Urusan aku dengan Encik Adam tak selesai lagi. Bila lah En Adam boleh turun kl ambik tandatangan dan aku nak serahkan dokumen yang perlu untuk dia. Bila selesai semua nie baru la aku rasa lega.

Di samping resah gelisah kat atas tu, hati aku gelisah nak balik kampung. Rindu kat anak buah dan adik beradik aku. Jengok orang tua di kampung. Harap jadilah balik kampung minggu ni. Harap sangat Izzu boleh ikut.

Sekian entry pertama untuk tahun ini. Bertahun tak apdet.

Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments