Skip to main content

APA ITU ANXIETY

Berikut adalah cerita rentetan dari entry blog aku pagi tadi. Jom kita ambil tau berkenaan Penyakit Anxiety ni. Sekurang-kurangnya korang maklum dan tau bagaimana nak membantu sekiranya ada kawan korang yang terkena serangan secara tiba-tiba di tempat kerja atau di mana saja. Mari kita baca petikan dari laman web HelloDOktor 

Ini Maksud Sebenar Anxiety Attack, Ada 6 Cara Untuk Bantu Anda Kawal Jika Ia Berlaku!

CREDIT : GETTY IMAGE

Kebelakangan ini, ramai yang bercakap tentang anxiety atau kegelisahan, malah memberitahu umum diri mereka mengalami anxiety. Tahukah anda, apa itu penyakit anxiety yang sebenar? Apa itu anxiety dan apa itu anxiety attack? Fahami lebih lanjut dengan membaca apa yang kami sediakan di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

Apa itu kegelisahan atau anxiety?

Kebimbangan atau kegelisahan ialah tindak balas biasa terhadap bahaya, iaitu tindak balas automatik badan yang dicetuskan apabila anda berasa terancam, di bawah tekanan, atau menghadapi situasi yang mencabar, seperti temu duga kerja, peperiksaan atau lain-lain lagi.

Kebimbangan atau kegelisahan ini tidak semestinya membawa makna sesuatu yang buruk. Ia boleh membantu anda untuk kekal berwaspada dan fokus, mendorong anda untuk bertindak, dan mendorong anda untuk menyelesaikan masalah.

Tetapi apabila kebimbangan ini berlaku secara berterusan sehingga boleh mengganggu hubungan dan kehidupan seharian anda, ia mungkin bermaksud bahawa diri anda sudah melebihi sempadan reaksi kegelisahan yang normal, dan memasuki keadaan yang disebut sebagai gangguan kegelisahan.

Apa itu penyakit anxiety attack?

Serangan kebimbangan, juga dikenali sebagai serangan panik, adalah episod panik atau ketakutan yang teruk.

Ia biasanya berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebarang tanda amaran.

Kadangkala terdapat pencetus yang jelas seperti terperangkap di dalam lif, atau memikirkan sesuatu yang besar.

Namun ada juga kes di mana serangan anxiety ini berlaku secara tiba-tiba sahaja. Serangan kebimbangan biasanya memuncak dalam masa 10 minit, dan ia jarang sekali berlangsung lebih daripada 30 minit.

Walau bagaimanapun, anda mungkin mengalami ketakutan yang sangat teruk sehingga anda berasa seolah-olah anda akan mati atau hilang kawalan sepenuhnya dalam tempoh yang sekejap itu.

Gejala fizikal serangan ini sangat menakutkan sehingga ramai orang menyangka mereka mengalami serangan jantung.

Selepas serangan kebimbangan ini berakhir, anda mungkin berasa bimbang jika ia berlaku lagi terutamanya di tempat awam, kerana tiada sesiapa yang boleh membantu menenangkan anda pada waktu itu.

Cara menangani serangan anxiety jika ia berlaku tiba-tiba

Petua di bawah ini boleh membantu mengurangkan serangan kebimbangan dan menguruskan gejala gangguan yang berlaku:

#1. Berhubung dengan orang lain

Kesunyian dan pengasingan diri boleh mencetuskan atau memburukkan lagi kebimbangan, manakala bercakap tentang kebimbangan anda secara bersemuka selalunya boleh mengurangkan kemungkinan ia berlaku.

Pastikan anda kerap berjumpa dengan rakan-rakan, menyertai kumpulan sokongan, atau berkongsi kebimbangan yang anda alami dengan orang tersayang yang dipercayai.

#2. Menguruskan tekanan atau stres

Jika tahap tekanan anda agak tinggi, pengurusan tekanan boleh membantu anda meredakan apa itu penyakit anxiety.

Lihat kembali segala tugas anda dan nilai kembali jika ada yang anda boleh tolak atau menggantikannya kepada orang lain.

#3. Amalkan teknik relaksasi

Apabila teknik relaksasi seperti meditasi dan pernafasan mendalam ini diamalkan dengan kerap, ia boleh mengurangkan gejala kebimbangan dan meningkatkan perasaan relaks dan kesejahteraan emosi.

#4. Bersenam dengan kerap

Senaman adalah penghilang tekanan dan penghilang apa itu penyakit anxiety secara semula jadi.

Untuk mendapat kebaikan senaman ini, sasarkan sekurang-kurangnya 30 minit senaman aerobik pada setiap hari.

Anda boleh cuba berjalan, berlari, berenang, mempelajari seni mempertahankan diri atau menari.

#5. Dapatkan tidur yang mencukupi

Kurang tidur boleh memburukkan lagi fikiran dan perasaan yang cemas. Jadi, cuba dapatkan tujuh hingga sembilan jam waktu tidur yang berkualiti setiap malam.

#6. Kawal pengambilan kafein, alkohol dan nikotin

Kafein dan alkohol boleh memburukkan lagi kebimbangan yang anda alami.

Oleh itu, kurangkan pengambilan minuman berkafein, minuman beralkohol serta merokok atau menghisap vape bagi mengawal serangan anxiety.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu apa itu penyakit anxiety.

Walaupun serangan ini boleh berlaku secara tiba-tiba, namun terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan atau mengawalnya daripada menjadi lebih teruk.

Dapatkan bantuan dan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan jika anda mengalaminya secara tiba-tiba.

Sila ikut tip yang kami sediakan di atas tadi, semoga dapat membantu anda menanganinya.


Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments