Hai korang! Di antara korangg ada tak kawan yang macam ni. Aku ada beberapa kawan yang macam ni. Bukan tak suka berkawan dengan orang yang macam ni. Kadang penat nak melayan. Asik citer ko je.. pastu ko lagi..
Belom lagi habis aku citer ni, terus kene potong. Konon ko la terpaling itu dan ini. Lebih baik diam aje dari sakit hati. Aku lebih suka jauhkan diri dari melayan sakit hati. Aku lak jenis tak pandai potong ayat orang. Dengar dulu bagi habis baru cuba masuk dalam cerita.
Kalau korang lak.. cemana korang tangani orang macam ni..
Kawan tengah sedih mengadu kucing dia mati.
Tiba-tiba dia menyampuk
“aku lagi sedih tau bulan lepas pun sama, sampai tak makan tiga hari”
Pernah tak anda jumpa manusia jenis macam ni?
Semua benda, semua topik, semua masalah... wajib dipusing supaya kembali kepada kisah DIRI DIA.
Di internet, fenomena ini dipanggil "MAIN CHARACTER SYNDROME" (Sindrom Watak Utama).
Ia bukan diagnosis penyakit mental yang rasmi, tapi ia adalah satu corak tingkah laku di mana seseorang itu rasa hidup ini adalah filem dia seorang, dan orang lain di sekelilingnya hanyalah "watak sampingan" yang wujud untuk menyokong jalan ceritanya.
Ini 5 tanda "Sindrom Watak Utama"
1. Semua situasi nak dikaitkan dengan diri sendiri (Self-centered).
2. Sangat susah nak faham atau nampak perspektif orang lain (Kurang empati).
3. Sentiasa perasan bahawa dirinya adalah orang "paling penting" dalam bilik.
4. Suka mendramakan hal yang sangat kecil seolah-olah ia tragedi dunia
5. Dahagakan pujian dan 'validation' yang berlebihanOrang yang ada sindrom ni selalunya tak sedar yang mereka sedang 'menyedut' tenaga orang sekeliling. Hubungan persahabatan dengan mereka sangat meletihkan sebab ia sentiasa berjalan satu hala.
Ingat, dunia ini berputar pada paksinya, bukan berputar mengelilingi anda. Belajar untuk mendengar, belajar untuk berempati, dan beri ruang untuk orang lain juga bersinar.

Comments
Post a Comment