Skip to main content

RASA BERAT NAK PEGI KERJA ESOK

Hai korang!!

Mesti korang selalu rasa macam ni kan. Setiap isnin akan jadi hari yang paling berat nak pegi kerja. Kadang sanggup EL padahal takda apa yang nak ditanggung pun di pejabat. Tapi sebenarnya, bila sampai pejabat semua ok ok aje. Mungkin dah kene masa untuk tukar jabatan kot untuk cari suasana baru supaya ada mood nak datang kerja. Meh baca artikel dari PHM, manalah tau dapat menyelesaikan masalah korang yang sentiasa rasa berat aje nak gi keje tiap pagi,


Malam ni, dada tiba-tiba rasa berat. Fikiran jadi serabut. Rasa macam takde langsung keseronokan atau motivasi nak melangkah masuk ke pejabat esok pagi.

Anda rasa bersalah? Anda rasa anda pekerja yang teruk?

Tunggu sekejap. Tarik nafas. Perasaan anda alami malam ini adalah NORMAL.
Kadang-kadang, anda BUKAN MALAS. Anda cuma LETIH (Mental Fatigue & Burnout).

Letih memikul tanggungjawab yang tak pernah habis.
Letih berpura-pura senyum dan tunjuk "okay" depan kawan sekerja. Letih menghadap politik tempat kerja dan persekitaran toksik
Letih bangun setiap hari hanya untuk terus 'survive' dalam persekitaran yang toksik.

Jangan terus hukum diri sendiri. Rehat hujung minggu yang tak cukup, tekanan yang lama dipendam, dan rutin berulang-ulang memang boleh buat jiwa rasa kosong dan tepu.

Jadi untuk esok hari, TAK PERLU jadi luar biasa. 

Cukup sekadar hadir ke tempat kerja. Buat apa yang termampu mengikut kapasiti tenaga anda. Dan pulanglah ke rumah tanpa membenci diri sendiri. Anda bukan mesin, anda manusia yang berhak rasa penat.

Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments