Nama tradisional Melayu berasal daripada perkataan harian seperti Buyong, Itam, Putih, Golok, Panjang, dan Bulat. Nama perempuan sering diambil daripada nama bunga seperti Melati, Kenanga, Kemboja, dan Tanjung. Nama Melayu lama boleh dieja dalam tulisan Pallava yang tepat dengan sebutan asal.
Tulisan Pallava tidak sesuai untuk bunyi Arab, contohnya Mustofa ditulis sebagai Muntopa.
Orang Melayu kemudian guna tulisan Arab dan cipta tulisan Jawi dengan tambahan huruf seperti cha, pa, nga, dan nya.
Pengaruh Arab dan Islam bawa masuk nama seperti Hasan, Husin, Ahmad, Muhammad, Ali, Mustofa, Siti Aminah, Khodijah, dan Rofeah. Nama Arab kadang digabung dengan nama asing tanpa faham makna, contohnya Muhammad Himar (keldai) atau Hawiah (neraka).
Nama Melayu juga dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit (Dewi, Putra), Parsi (vamilah, Baharuddin), Portugis (Maria, Francisca), dan Inggeris (Rosnah dari Rose').
Wujud nama uniseks seperti Zaini, Roslin, Fairuz, Noni, dan Shahrul. Jantina nama uniseks boleh dibezakan dengan awalan seperti Mohamad Zaini (lelaki) atau Noor Zaini (perempuan).
Gelaran kehormat seperti Tun, Tan Sri, Dato', Tuan Haji, dan Hajah digunakan sebagai lambang status. Di kampung, gelaran tidak rasmi seperti Tok, Che, Pak, dan Mak turut digunakan.
Struktur nama Melayu biasanya terdiri daripada nama peribadi diikuti "bin" atau "binti" dan nama bapa, seperti Ahmad bin Hassan atau Siti binti Kassim. Nama adalah lambang keperibadian dan doa, maka pilihlah nama yang baik dan bermakna.
Beberapa nama tradisional tidak dibenarkan oleh JPN kerana tidak sesuai, berunsur lucah, atau boleh jadi bahan ejekan — contohnya: Pukaih, Anu, Buyong. Dulu pendaftaran nama dibuat di balai polis, tanpa sistem yang teratur. Ramai bapa atau datuk yang tidak tahu menulis bergantung pada polis untuk mengeja nama.
• Kisah Menarik Berkaitan Pemberian Nama!
Kesilapan ejaan biasa berlaku, contohnya Amran jadi Amaran. Ada juga kes di mana polis dari etnik lain tersalah eja, contohnya Ngajijah binti Sungib sepatutnya Azizah binti Shuib. Nama Lokman ditulis sebagai Okwan kerana polis sengau.
Atok mahu beri nama Ani tetapi kerana terkejut dan menyebut "Anu", maka ditulis Anu. Nama Anu kemudian dibetulkan di sekolah menjadi Anu @ Ani binti Abdullah.
Seorang budak dinamakan Muhammad Saja kerana pakciknya jawab "Muhammad saja" bila ditanya.
Nama pelik seperti Pukaih berlaku apabila datuk melatah ketika siren balai berbunyi. Polis sering dipersalahkan atas kesilapan nama atau ejaan pelik.
Kini, ibu bapa perlu tulis sendiri nama anak semasa pendaftaran untuk elak kesilapan.
Kredit:
Artikel - Prof Dato Dr Abdul Muati Ahmad
Gambar - Roslan Abd Hamid

Gelak Sa baca..ye betul..nama SA sendiri salah huruf pangkal nama...tapi xtukar..sebab nama tu jadi unik...
ReplyDelete