Skip to main content

BADAN PENAT. OTAK TAK NAK BERHENTI

Ini yang sering aku alami. Badan jadi penat lesu walau tak buat kerja berat pun. Baadn berehat tapi otak masih bekerja. Tidur pun tak nyenyak. Sampai pakar psikiatri bekalkan ubat anxiety dan ubat tidur untuk membantu.

Sini aku kongsikan tips untuk pedoman kita bersama, mana lah tau kot dapat membantu korang selesaikan masalah yang sama macam aku. Artikel dari FB Publik Health Malaysia.


Malam dah larut. Lampu bilik dah tutup. Badan memang rasa hancur penat lepas kerja seharian.
 
Tapi bila letak kepala atas bantal... otak tiba-tiba 'on'.

Mula fikir pasal duit. Mula fikir kerja esok. Mula teringat benda yang salah cakap siang tadi. Jantung mula berdebar sikit, dada rasa ketat. Nafas jadi pendek. Mata pandang siling dalam gelap. Akhirnya, capai phone dan scroll sampai pukul 3 pagi.

Esoknya bangun, rasa macam tak tidur langsung. Mood kelaut, badan berat.

Ini realiti ramai orang dewasa sekarang. Badan ada di atas katil, tapi otak sedang berlari maraton. Ini bukan mengada-ngada. Ini simptom anxiety. Otak anda sedang terperangkap dalam mode 'survival' dan menganggap ada ancaman, walaupun anda sebenarnya sedang baring dengan selamat di bilik sendiri.

Kalau kitaran ini dibiarkan, badan akan mula 'rosak' dari dalam. Asid perut naik, rambut luruh, dan imuniti jatuh menjunam.

Anda tak boleh matikan suis otak, tapi anda boleh "hack" badan untuk tenang semula. Ini caranya:

1. Buat Teknik Grounding 5-4-3-2-1
Bila otak lari jauh ke masa depan, tarik dia balik ke masa sekarang. Cari 5 benda anda boleh nampak dalam samar gelap, 4 benda boleh sentuh (cadar, bantal), 3 benda boleh dengar (bunyi kipas/ekon), 2 benda boleh bau, dan 1 benda boleh rasa. Ini 'reset button' yang sangat berkesan.

2. 'Brain Dump' Atas Kertas
Otak serabut sebab terlalu banyak 'tab' terbuka. Ambil kertas dan pen, tulis sahaja senarai apa yang merisaukan anda malam itu. Jangan taip di phone. Lepas tulis, otak secara psikologinya akan rasa "okay, fail ni dah simpan, boleh rehat".

3. Tipu Fisiologi Badan Sendiri
Bila anxiety datang, tanpa sedar nafas kita jadi laju dan pendek. Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, tahan 4 saat, dan hembus perlahan-lahan ikut mulut 6 saat. Bila nafas sengaja dilambatkan, degupan jantung akan ikut perlahan. Otak akan automatik fikir "oh, kita dah selamat".

4. Asingkan Tempat Tidur & Tempat Scroll
Cahaya skrin dan 'doomscrolling' media sosial adalah minyak kepada api anxiety. Biasakan diri cas phone di luar bilik tidur. Beli jam loceng biasa yang berharga RM15 untuk bangun pagi.

Anda tak boleh selesaikan masalah dunia pukul 2 pagi. Pejam mata. Rehatlah, badan anda perlukannya.

Sodep | 16 Oktober 1980 | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | For any enquiry email to : budakbunian@gmail.com

Comments